Blogger Backgrounds

Monday 29 October 2012

Raya Haji di Kuala Kangsar



First aku ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha... untuk raya kali ni aku dan family raya kat perak... memang best sangat sebab boleh jumpa semua sepupu kat sana. Lagi pun Mak Menakan aku dari Pulau Pinang buat korban kat Perak.. sebelum raya lagi aku memang  nak Raya Haji kat Perak. Hajat aku tercapai jagak.... hehehehe

    
Ni sepupu kesayangan aku... bila balik perak je yang pertama aku cari, aku akan cari dia dan tunggu dia datang rumah opah... mcm biasa la dah lama tak jumpa sembang rancak la.... heheheheh

 ni adik- adik aku dengan sepupu.*yang pertama dari kiri itulah sepupu aku yang kecil*



Gambar yang sebelah kiri ni, time 2 aku tido rumah sepupu. aku dengan dia nak beli tiket kereta api tapi kaunter tiket tutup so kami dua pun ronda2 kat Bandar DiRaja dengan Bukit Chandan... Ronda sakan kami dua... :-)





     
 Yang ni pulak Raya ke-2, Mak Menakan aku bawa jalan2 kat Bukit Chandan... kami melawat Galeri Sultan Azlan Shah... Ni dekat pintu masuk galeri...
 
 ni dalam kawasan galeri... bangunan warna putih belakang tu
tempat pameran dan koleksi peribadi Sultan Azlan Shah


yg ni jalan ke gelari kereta dan cenderamata yang Sultan Azlan Shah ada...

TEMPAT NI MEMANG BEST JADI DATANG LA KE PERAK

Friday 31 August 2012

31.ogos.2012

BOWLING BERSAMA KAWAN-KAWAN


Time ni giliran aku main 
sempat lagi bergambar...hehehe


sempat lagi bergambar sebelum balik 

Wednesday 29 August 2012

AKU DAN DIA

Biar pun kita  tak pernah berjumpa
aku yakin dia akan tunggu aku
aku akan ingat kata- kata dia sebagai
semangat aku
aku harap dia akan selalu ingatkan aku
AKU SANGAT SAYANGKAN KAU EGY(MALU AKU...HEHEHEHE)

SEMOGA HUBUNGAN KITA KEKAL HINGGA KE SYURGA.....AMIN 



Sunday 17 June 2012

HARI BAPA

Hari ni aku beli hadiah kat ayah aku..... ini lah kali pertama aku beli hadiah kat ayah aku semperna hari bapa....
aku tahu jasa ayah susah untuk kita balas... jadi aku selalu ingat yang ayah tak sama dengan orang lain.... hanya ayah seorang saja yang faham perangai anak- anak dia sendiri....
aku bangga mempunyai seorang ayah... walaupun ayah aku seorang yang tegas tapi apabila dia tengok anak- anak dia tak makan lagi mesti dia akan tanya nak makan apa hari ni....itu lah ayah aku....
(ayah akak sayang  ayah )

Sunday 29 April 2012

hati remaja

Setiap perempuan ingin dirinya disayangi.... tapi bila dia meletakan harapan pada seorang insan yang boleh menjaga dirinya hingga akhir hayat..... Semua harapan yang dia inginkan hilang begitu saja....  
Hati mula rasa sukar untuk percaya dengan lelaki....... 
lebih baik aku tidak meletakkan harapan pada mereka......................
Cepat atau lama semua telah ditentukan oleh Allh.... aku perlu kuatkan hati dan berdoa kepadaNya.....
"cinta umpama jari manis"

Sunday 11 March 2012

:'(

beberapa hari yang lalu hati aku mula rasa ada sesuatu yang akan aku terima *mungkin berita baik, mungkin berita buruk*.. rupa-rupanya berita buruk yang aku terima...*sedih :'( * dia yang tidak pernah wujud lagi dalam memori aku telah muncul kembali dengan memberitahu aku yang dirinya ditimpa kemalangan ... aku ingat dia hanya bergurau jadi aku buat tak endah apa yang diberitahu dia.... secara tidak langsung aku menerima satu mesej bergambar bukti dirinya kemalangan, aku rasa tidak percaya apa yang aku lihat, lalu aku terus membuat panggilan video untuk melihat adakah benar.. rupa-rupanya semua itu benar!!! *secara tiba-tiba air mata aku mengalir tanpa diminta*. aku rasa macam tidak percaya apa yang aku lihat itu. aku berfikir sebentar *semua ini salah aku ke? sampai dia jadi begitu**sedih* sehingga si dia berkata kenapa bersedih?.aku berkata tiada apa-apa yang berlaku terus aku matikan panggilan tersebut.
betul kata orang tua-tua sekeras mana pun hati atau sebenci mana pun kita pada si dia, tetap ada sifat sayang pada seseorang yang pernah kita sayang. 
aku berharap si dia cepat sembuh   

Tuesday 21 February 2012

hidup ooo hidup

kenapa hidup kita diuji sebegini.... tu la orang kata hidup ni tak semuanya sempurna... bila difikirkan balik kenapa seseorang tu tak fikir orang sekeliling?...masih mementingkan diri sendiri?..... macam dunia ni  tak adil pulak kan?... tapi aku perlu sabar dengan semua dugaan yang berlaku di dunia ni. aku perlu kuatkan hati dan iman untuk menghadapi dugaan hidup....perlu ke kita menjaga hati kawan dari hati kita sendiri? *keliru*  bila aku ingat kata mak "berkawan jangan baik sangat nanti diri kita yang susah"


HARAP MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK KITA MEMAHAMI HATI KAWAN DAN DIRI KITA SENDIRI.SEMOGA ALLAH MEMBANTU KITA DALAM APA JUA KEADAAN...

Sunday 19 February 2012

hutan lipur bukit wang


lepas habis jogging aku terus cuci mata dkt bukit wang...hhahhahah






jiwa ku tenang bila melihat ciptaan Allah...

D'AMAN PARK- jogging

hari kedua aku dengan kwn aku berjogging.....terbaik punya




agak-agaknye aku berjaya tak turunkan berat badan ??? kehkehkeh*bunyi ala-ala gedik sopan*

Friday 17 February 2012

tasik raban,perak


dah lama aku idam nak naik kayak, akhirnya dapat jugak aku berkayak hehehe




kak long aku order laicikang, bila order sampai terus aku pelik kenapa ada 'telur burung puyuh' hahaha. terus aku tanya dkt akak yang buat laicikang tu " kenapa ada telur burung puyuh ? " akak tu kata "memang macam tu" malu gila kot *muka merah, tak payah pakai blusher* hahaha.

 serius aku pelik, terbukti malaysia memang syurga makanan :)

kenangan buka puasa dengan kawan sekelas :)

tiba-tiba aku godek album gambar terjumpa pictures kenangan buka puasa dengan kawan sekelas DEP(diploma kejuruteraan elektronik komunikasi). so saja- saja la aku nak share beberapa pictures dengan hangpa hehehe





gila shopping

 
are-daa : kawan aku kata tulis dekat rantai tu ejaan nama 'are-daa' not 'adaa', baru aaa nampak moden HAHA !


hari tu aku dengan sue keluar pergi jitra mall dari rumah memang bajet kononya nak beli henset baru tapi bila sampai je pintu masuk jitra mall aku dengan sue terus tertarik tengok orang jual accessories hahaha :) memang dasar perempuan tengok benda comel je terus teruja kalah kanak-kanak ribena*kakak ribena* KAHKAHKAH 






 
gorgeous tak kasut aku haha ?

kononya aku nak teman sue pegi beli present dekat kawan, last-last melekat dkt kedai kasut. apa lagi rambang mata aa hahaha :P jadinya dengan penuh senyuman pasrah aku bayar duit dkt kakak kaunter tu akibat nak nak nak nak jugak kasut tu kihkihkih



flying kiss sebab berjaya menghabiskan duit belanja. oke fine, nak puasa seminggu cover balik duit poket BHAHAHAHA

introduction dulu



tiba-tiba hari ni aku tergerak hati nak buat blog tengok kwn-kwn semua pakat ada blog hehe. aku terus tanya arfah macam mana nak buat blog, dengan sweetnya arfah terus ajar cara nak buat blog muahahaha :)

aku happy sangat bila ada blog sendiri dan dapat la aku meluahkan perasaan yang terpendam dalam hati aku ni kahkahkah.